Monday, April 4, 2011

Ketabahan....

Pagi2 bute layan National Geography memang terbaek ar. Aku xley tidow, sebab cuti sabtu & ahad nie xder g mane pon. Dok umah je, memang tidow jela kan. Hahahaha... Da macam Nobita plak rase nye, hahahahha. Mule2 tgok rancangan TV nie macam bosan je sebab biase ar mesti ar pasal binatang kan. Aku pon layan jela, tengah syok layan tetibe je de 1 bab nie. Harimau bintang atau cheetah nie nak cari makanan tok die makan. Cheetah ni ade seekor anak, sedang cheetah sedang memburu ade seekor ular sawa ni ternampak anak cheetah tengah syok maen di sarang nye. Sedang cheetah tengah memburu, die tetibe terdengar sore anak die. Dengan pantas die berlari ke anak nye, sampai je cheetah di sarang nye. Die dapati anak nya telah di makan oleh ular sawa tu. Tanpa memikirkan keselamatannya, die telah berlawan dengan ular itu. Tetapi ular itu telah menyorok ke 1 lubang yang cheetah tak dapat nak masuk. Walaucamne pon, cheetah telah berazam untuk mendapatkan anak nya semula walaupon die taw anak nya telah di makan oleh ular sawa itu. Tidak lama kemudian ular itu keluar dari tempat persembunyian nya dan memuntahkan anak cheetah itu. Aku ingatkan si cheetah ni akan bunuh ular tu tapi die cuma nak anak nya semula. Selepas ular tu da muntahkan anak die, die teros menjilat & membersihkan anak nya. Tanpa membuang mase, die teros membawa mayat anak ke tempat yang lebih selamat. Mungkin die tak nak binatang laen yang makan bangkai anak nya, die telah mambuat keputusan untuk memakan bangkai anak nya sendiri. Pehhhhh, aku yang tengok pon bole rasekn betapa sedih nya cheetah tu. Selepas siap memakan bangkai anak nya, die telah meraung kesedihan selama beberapa hari. Aku dapat tengok bertapa tabah nya seekor binatang meratapi kematian anak nya. Kenapa kita manusia yang ade akal fikiran tidak dapat mencontohi binatang ini. Manusia zaman sekarang nie, bole membuang bayi seperti membuang sampah je. Bagi sesiapa yang telah melakukan perkara yang bodow seperti membuang bayi tu, aku harap korang tengok la rancangan TV kat astro ni, bia terbuka mata korang yang binatang pon taw sayang anak nya sendiri. Inikan kita manusia yang ade akal fikiran. Sayangilah orang yang anda sayang. Contohi la CHEETAH ni, kalo korang tengok. Mesti korang taw ape yang seekor binatang ni lalui. Sungguh tabah seekor cheetah tu.
Inilah binatang yang ade sifat-sifat yang aku cerita kan di atas.

1 comment:

  1. TAK KAN TENGOK & BACE JE. KOMEN LA CKET. HEHEHE... :d

    ReplyDelete